Berikut merupakan prosedur lengkap pembahagian harta pusaka kecil di Malaysia, iaitu harta pusaka yang terdiri daripada:
- Harta Tak Alih sahaja atau
- Harta Alih sahaja atau
- Kombinasi Harta Tak Alih bersama Harta Alih
yang bernilai tidak melebihi RM5 juta pada tarikh permohonan
Langkah-langkah permohonan:
Sediakan dokumen sokongan
- Salinan sijil kematian si mati
- Salinan kad pengenalan waris
- Salinan geran tanah/ hak milik harta tak alih
- Bukti harta alih: penyata bank, KWSP, ASNB
- Salinan sijil perkahwinan/ sijil kelahiran
Mohon melalui portal MyLand
Hantar permohonan dalam talian melalui portal MyLand
Perbicaraan Pusaka Kecil
- Semua waris akan diberi notis untuk hadir ke perbicaraan pusaka kecil
- Waris yang tidak dapat hadir perlu melengkapkan borang DDA (borang persetujuan)
- Waris perlu menyatakan cara pembahagian sama ada:
- Faraid: Mengikut hukum syarak (bagi Islam)
- Mengikut Akta Pembahagian 1958 [ Akta 300] (bagi Bukan Islam)
- Muafakat waris: Semua waris bersetuju secara sukarela
- Jika ada persetujuan kesemua waris, keputusan terus dimuktamadkan
- Pelaksanaan perintah di agensi berkaitan
- JKPTG akan mengeluarkan Perintah Pembahagian / Surat Kuasa Mentadbir
- Waris boleh kemukakan perintah kepada agensi yang berkaitan contohnya:
- Pejabat Tanah untuk pendaftaran hak milik tanah
- Bankuntuk menuntut simpanan
- JPJ untuk menukar hak milik kenderaan
Perintah pembahagian harta pusaka ini tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.
Tarikh dikemaskini: 14/10/2025
Komen topik ini
