Latihan Peralihan (LP) merupakan satu program khas yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan supaya bersedia dengan kehidupan pasca perkhidmatan.
Latihan peralihan tertumpu kepada kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan melibatkan 3 fasa iaitu:
- Pra latihan peralihan
- Latihan peralihan
- Pasca latihan peralihan
Sasaran: Anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan dan veteran ATM (Fasa Pasca Latihan Peralihan)
Fokus latihan: Kemahiran teknikal, vokasional dan generik
Kategori latihan:
Latihan di PERHEBAT
Latihan teknikal dan vokasional
Latihan pertanian dan penternakan
Latihan sambil kerja
Latihan pengurusan
Latihan persendirian
Tempoh: Antara 3 hingga 18 bulan mengikut kelayakan anggota ATM dan modul program
Antara pensijilan yang boleh diterima: Sijil SKM
Tarikh dikemaskini: 19/9/2025
