Sebagai bakal pesara, anda digalakkan untuk mempersiapkan diri dengan panduan berkaitan kewangan, gaya hidup dan maklumat lain berkaitan persaraan.
Program Persediaan Persaraan Penjawat Awam
Sasaran: Penjawat awam yang akan bersara dalam tempoh 1–3 tahun
Antara fokus program:
- Memahami psikologi ke alam persaraan
- Mengetahui faedah-faedah persaraan
- Mengetahui tentang faedah terbitan dan perubatan
- Mengetahui cara mengurus wang ganjaran
- Mengetahui cara mengurus wang pencen dan scammer kewangan
Program pra-persaraan ini biasanya dianjurkan oleh Jabatan/ Agensi masing-masing.
Perkhidmatan Khidmat Nasihat oleh KWSP
Bakal pesara juga boleh mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dan percuma daripada KWSP mengenai:
- Perancangan persaraan
- Perancangan kewangan
- Produk dan perkhidmatan KWSP
Tarikh dikemaskini: 11/10/2025
Komen topik ini
