Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ia menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja melalui skim caruman bersama antara majikan dan pekerja.
Caruman PERKESO adalah hak pekerja kerana ia melindungi mereka daripada risiko kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan, hilang upaya dan kematian semasa bekerja.
Kewajipan Majikan dan Pekerja
Semua majikan wajib mendaftar pekerja dengan PERKESO dalam masa 30 hari dari tarikh penggajian.
Majikan perlu membuat potongan caruman pekerja dan membayar bahagian caruman majikan.
Semak kadar carumanTarikh dikemaskini: 12/10/2025
Komen topik ini
