Perancangan Persaraan
Sekiranya anda bakal bersara, perancangan kewangan adalah amat penting bagi memastikan kehidupan selepas bersara dapat diteruskan tanpa kerisauan. Berikut merupakan langkah umum mengira kos sara hidup selepas bersara: Kenal pasti kos perbelanjaan bulanan utama Anggarkan jumlah yang diperlukan setahun Pertimbangkan kadar inflasi Kadar inflasi purata di Malaysia adalah sekitar 2-3% setahun Anggar tempoh jangka hayat persaraan Purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat disebabkan oleh kemudahan kesihatan yang semakin baik. Anggaran 20-25 tahun selepas umur persaraan adalah wajar Ambil kira sumber pendapatan lain selepas bersara Sebagai tambahan sokongan kewangan kepada dana persaraan anda Contoh: pelaburan hartanah, simpanan peribadi Anda juga boleh menggunakan kalkulator anggaran yang disediakan seperti berikut: Bagi pesara perkhidmatan awam Anggaran pencen dan ganjaran yang diterima Bagi pesara swasta Kalkulator Retirement Goal Setting melalui aplikasi KWSP i-Akaun
Sebagai bakal pesara, anda digalakkan untuk mempersiapkan diri dengan panduan berkaitan kewangan, gaya hidup dan maklumat lain berkaitan persaraan. Program Persediaan Persaraan Penjawat Awam Sasaran : Penjawat awam yang akan bersara dalam tempoh 1–3 tahun Antara fokus program: Memahami psikologi ke alam persaraan Mengetahui faedah-faedah persaraan Mengetahui tentang faedah terbitan dan perubatan Mengetahui cara mengurus wang ganjaran Mengetahui cara mengurus wang pencen dan scammer kewangan Program pra-persaraan ini biasanya dianjurkan oleh Jabatan/ Agensi masing-masing. Perkhidmatan Khidmat Nasihat oleh KWSP Bakal pesara juga boleh mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dan percuma daripada KWSP mengenai: Perancangan persaraan Perancangan kewangan Produk dan perkhidmatan KWSP
Latihan Peralihan (LP) merupakan satu program khas yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan supaya bersedia dengan kehidupan pasca perkhidmatan. Latihan peralihan tertumpu kepada kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan melibatkan 3 fasa iaitu: Pra latihan peralihan Latihan peralihan Pasca latihan peralihan Sasaran: Anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan dan veteran ATM (Fasa Pasca Latihan Peralihan) Fokus latihan: Kemahiran teknikal, vokasional dan generik Kategori latihan: Latihan di PERHEBAT Latihan teknikal dan vokasional Latihan pertanian dan penternakan Latihan sambil kerja Latihan pengurusan Latihan persendirian Tempoh: Antara 3 hingga 18 bulan mengikut kelayakan anggota ATM dan modul program Antara pensijilan yang boleh diterima : Sijil SKM
