Persaraan Pencarum KWSP
Individu ini merujuk kepada pekerja sektor swasta (sektor formal dan tidak formal) atau sektor kerajaan yang mencarum di bawah skim KWSP. Simpanan persaraan KWSP boleh dikeluarkan pada 3 peringkat umur iaitu: Pengeluaran umur 50 tahun Pengeluaran umur 55 tahun Pengeluaran umur 60 tahun
KWSP membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan persaraan apabila anda berumur 50 tahun sebagai pengeluaran pra-persaraan. Maklumat asas: Permohonan boleh dibuat sekali sahaja Berumur atara 50-54 tahun Pengeluaran sebahagian atau keseluruhan Akaun Sejahtera
Apabila anda mencapai umur 55 tahun, kesemua akaun KWSP (Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel) akan digabungkan ke dalam satu akaun dipanggil Akaun 55. Anda boleh memilih: Mengekalkan simpanan tersebut dalam Akaun 55 supaya ia terus menjana dividen tahunan dan simpanan anda akan meningkat; atau Mengeluarkan sebahagian simpanan; atau Mengeluarkan kesemua simpanan daripada Akaun KWSP anda
Caruman KWSP selepas umur 55 tahun anda akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas. Apakah Akaun Emas? Akaun Emas merupakan akaun yang diwujudkan setelah ahli mencapai umur 55 tahun. Caruman selepas umur 55 tahun hanya boleh dikeluarkan selepas umur 60 tahun.
