Persaraan Veteran ATM
Veteran: warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut: Angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia Angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan Force 136 Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan Sarawak Rangers Rujukan: Akta Veteran 2012 (Akta 740)
Terdapat 2 kategori veteran ATM: Veteran berpencen Telah berkhidmat 21 tahun atau lebih dan layak menerima pencen bulanan Veteran tidak berpencen Berkhidmat <21 tahun, tidak layak menerima pencen
Kad Veteran ATM ialah kad pengenalan khas yang dikeluarkan kepada veteran ATM sama ada berpencen atau tidak berpencen. Jenis kad veteran ATM: Kad Veteran Fizikal Kad Veteran Digital (Janaan Sistem VIBES 2.0) Antara manfaat Kad veteran: Pengesahan status Veteran ATM Permohonan Bantuan Kebajikan JHEV ATM dan Skim Kebajikan Yayasan Veteran ATM oleh veteran dan tanggungan Akses kepada kemudahan perubatan di klinik/hospital Kerajaan dan Hospital Tentera oleh veteran dan tanggungan Diskaun barangan dan perkhidmatan dengan vendor terpilih
Berikut merupakan faedah persaraan kepada veteran ATM berdasarkan jenis perkhidmatan dan umur persaraan: Pegawai Tauliah Tetap yang telah mencapai umur persaraan paksa/ umur persaraan pilihan atau mempunyai perkhidmatan yang diakui 20 tahun dan ke atas (tertakluk kepada kelulusan MAT) layak menerima faedah persaraan berikut: Pegawai Tauliah Tetap yang bersara dengan perkhidmatan yang diakui < 20 tahun layak menerima faedah persaraan berikut (tertakluk kepada kelulusan MAT): Pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP) yang bersara pada umur persaraan paksa layak menerima faedah persaraan berikut: Pegawai TJP yang menamatkan perkhidmatan mengikut tarikh tamat tempoh perkhidmatan layak faedah persaraan berikut: Bagi anggota Lain-lain Pangkat yang mempunyai perkhidmatan yang diakui sekurang-kurangnya 21 tahun layak menerima faedah persaraan berikut: Anggota Lain-lain Pangkat yang mempunyai perkhidmatan kurang daripada 21 tahun dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun: Angkatan Sukarela yang telah menamatkan kerahan sepenuh masa dalam Perkhidmatan layak menerima faedah persaraan berikut: Rujukan: Laman Web Rasmi JHEV ATM
Veteran ATM dianggap sebagai mengalami hilang upaya apabila diberhentikan atau ditamatkan daripada perkhidmatan akibat: Kecederaan semasa menjalankan tugas Penyakit atau kemalangan berkaitan perkhidmatan Ketidakupayaan fizikal yang diiktiraf oleh Lembaga Perubatan ATM Faedah yang diterima bergantung kepada darjah hilang upaya yang dialami oleh veteran ATM. Berikut merupakan faedah hilang upaya yang diterima: Diberikan kepada anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan dan diperkaitkan dengan tugas Darjah kecederaan atau hilang upaya ditentukan oleh Lembaga Penentu Sebab (LPS), Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM Kadar bayaran : mengikut pangkat semasa kecederaan tersebut berlaku Faedah ini dibayar apabila anggota tersebut telah bersara atau menamatkan perkhidmatan Anggota yang diperakukan mengalami hilang upaya boleh menerima salah satu atau gabungan beberapa komponen Faedah Hilang Upaya berikut: Pencen Hilang Upaya (PHU) Ganjaran Hilang Upaya (GHU) Elaun Pelajaran; dan Elaun Layanan Sentiasa Tambahan faedah kepada penerima Faedah Hilang Upaya Diberikan kepada anggota ATM yang mengalami bencana kerja yang melibatkan hilang upaya kekal atau kematian Dibayar semasa anggota tersebut mengalami kemalangan atau kecederaan Kadar bayaran : mengikut pangkat semasa kecederaan berlaku Terdapat dua jenis kategori Ex-Gratia Bencana Kerja: Ex-Gratia Bulanan: Anggota yang tercedera dengan darjah kecederaan sekurang-kurangnya 20% Diperakui oleh Lembaga Penentu Sebab (LPS) Bayaran secara bulanan dan berterusan walaupun anggota telah menamatkan perkhidmatan Ex-Gratia Pukal: Anggota yang tercedera dengan darjah kecederaan kurang daripada 20% Diperakui oleh Lembaga Penentu Sebab (LPS) Bayaran secara sekaligus sahaja Rujukan: Laman Web Rasmi JHEV ATM Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah lain,) 1982 Pekeliling Perbendaharaan: WP 6.3 Skim Ex Gratia Bencana Kerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
VIBES 2.0 ( Veteran Information Base Electronic System ) merupakan satu sistem Pengurusan Perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) secara menyeluruh. Sistem ini turut menyimpan data-data veteran ATM dan tanggungan yang berdaftar di seluruh negara. Antara modul-modul utama sistem adalah: Permohonan Bantuan Kebajikan JHEV ATM Faedah persaraan Kerjaya dan sosioekonomi Perubatan Kewangan Persatuan Pentadbiran Aduan/ maklum balas
