Persaraan Penjawat Awam
Pesara perkhidmatan awam di Malaysia merujuk kepada individu yang telah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam dan bersara daripada jawatannya sama ada secara paksa, pilihan, atau atas sebab-sebab lain yang diluluskan oleh kerajaan. Had umur persaraan pegawai perkhidmatan awam: 60 tahun
Kategori Persaraan Pegawai Perkhidmatan Awam Kategori pesara mengikut konteks perkhidmatan awam: Pesara Skim Pencen Pegawai perkhidmatan awam yang memilih skim pencen dan layak menerima pencen bulanan Pesara Skim KWSP Pegawai perkhidmatan awam yang memilih skim KWSP dan menerima simpanan persaraan melalui Akaun KWSP
Kad pesara merupakan kad pengenalan diri yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pesara perkhidmatan awam. Kepentingan kad pesara: Kemudahan perubatan di klinik/ hospital kerajaan Boleh digunakan oleh pesara, pasangan dan anak berumur bawah 26 tahun atau anak OKU (tiada had umur) Rujukan: KWAP
Sebagai pesara kerajaan, terdapat beberapa kemudahan yang boleh dinikmati selain daripada bayaran pencen bulanan (Skim Pencen) atau simpanan persaraan (Skim KWSP). Antara kemudahan tersebut: Ganjaran Perkhidmatan Bayaran sekaligus berdasarkan jumlah tahun perkhidmatan Diberi ketika persaraan sebagai penghargaan atas perkhidmatan Gantian Cuti Rehat (GCR) Bayaran tunai bagi baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 180 hari) Ditukar kepada nilai wang berdasarkan gaji akhir dan imbuhan tetap Faedah Perubatan Percuma Pesara dan ahli keluarga layak menerima faedah perubatan percuma di hospital dan klinik kerajaan Pencen Terbitan Bagi pesara perkhidmatan awam di bawah Skim Pencen yang telah meninggal dunia, bayaran pencen terbitan akan diteruskan kepada waris yang layak seperti berikut: Pasangan (balu/ duda yang sah) Anak di bawah umur 21 tahun atau anak OKU
MyPesara merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk membantu penjawat awam mendapatkan maklumat, faedah dan perkhidmatan pasca persaraan. Antara fungsi utama MyPesara: Kalkulator persaraan Senarai kemudahan kesihatan Maklumat skim pencen Tips kesihatan dan gaya hidup sihat
