Anda tidak pasti bidang yang ingin diceburi selepas tamat SPM?
Ujian profiling kerjaya boleh membantu pemilihan bidang dan laluan kerjaya yang sesuai berdasarkan keperibadian dan minat anda.
e-Profiling KPT
eProfiling KPT adalah sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengenal pasti minat, potensi, kemahiran dan kecenderungan kerjaya bagi membantu pelajar memilih laluan pendidikan dan kerjaya yang paling sesuai.
Aplikasi ini dibangun berasaskan Teori Holland yang diperkenalkan oleh John Lewis Holland. 6 kriteria personaliti yang diukur adalah:
- Realistic
- Investigative
- Artistic
- Social
- Enterprising
- Conventional
Aplikasi ini juga boleh mencadangkan program pengajian yang bersesuaian daripada keputusan ujian.
e-Profiling KPTTarikh dikemaskini: 5/9/2025
Komen topik ini
