Bantuan yang diberikan oleh JKM kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh pegawai perubatan (kerajaan/ swasta) atau pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.
Jenis alat sokongan/tiruan kepada OKU:
- Kerusi roda manual/ elektrik: untuk OKU fizikal yang tidak boleh berjalan
- Tongkat putih dan mesin braille: untuk OKU penglihatan dan masalah mobiliti
- Kaki atau tangan palsu (prosthesis): alat ganti kehilangan anggota badan
- Alat bantu pendengaran: untuk OKU pendengaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan alat tiruan/ alat sokongan kepada OKU dengan kadar mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
Syarat:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Merupakan kumpulan sasar JKM
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta) atau pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan
- Atau mana-mana kes yang berkeperluan adalah layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Untuk permohonan bantuan boleh rujuk di pautan:
Mohon BATTarikh dikemaskini: 18/9/2025
Komen topik ini
