Program PDK Ku Sihat merupakan sebuah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dilaksanakan melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan penjagaan diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengikuti PDK.
Program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti:
- Saringan kesihatan berkala (BMI, tekanan darah, gula dalam darah)
- Ceramah dan pendidikan kesihatan
- Aktiviti senaman ringan dan fisioterapi
- Pendidikan kebersihan diri (contohnya cara mencuci tangan, penjagaan mulut dan gigi)
- Pendidikan pemakanan sihat
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar program PDK Ku Sihat, rujuk ke klinik kesihatan berhampiran anda.
Rujukan: PDK Ku Sihat
Tarikh dikemaskini: 10/9/2025
Komen topik ini
