Habilitasi dan rehabilitasi ialah proses intervensi perubatan, fizikal, psikologi dan sosial untuk membantu individu mencapai tahap fungsi optimum akibat sesuatu kecacatan, penyakit atau selepas kecederaan.
Antara perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan oleh KKM:
Fisioterapi
Merawat masalah pergerakan, kelemahan otot dan kesakitan fizikal
Terapi Cara Kerja (occupational therapy)
Melatih kemahiran hidup harian seperti makan, berpakaian dan kebersihan diri
Terapi pertuturan
Untuk masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan
Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini di fasiliti kesihatan seperti:
- Klinik Kesihatan (KK) dengan unit fisioterapi dan terapi carakerja
- Hospital Daerah dan Pakar (Contoh: Hospital Rehabilitasi Cheras)
- Klinik Pakar Rehabilitasi dalam rangkaian Hospital KKM
Tarikh dikemaskini: 18/9/2025
Komen topik ini
