Pendidikan tentang kesihatan seksual dan reproduktif bagi orang kurang upaya (OKU) merupakan antara maklumat penting yang perlu diketahui individu dan penjaga kepada individu OKU, di mana perkembangan seksual fizikal OKU adalah sama dengan orang biasa.
Aspek kesihatan seksual ini merangkumi:
- Sentuhan selamat dan tidak selamat
- Hak untuk mengetahui, memahami dan membuat keputusan tentang organ reproduktif tubuh badan sendiri
- Perlindungan daripada eksploitasi dan penderaan seksual
- Akses kepada pendidikan kesihatan seksualiti dan perkhidmatan perubatan yang sesuai
- Perkembangan tubuh badan apabila meningkat dewasa
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan panduan yang lengkap dan menyeluruh tentang kesihatan seksual dan reproduktif OKU di pautan berikut:
Kesihatan Seksual dan Reproduktif OKUKKM juga menyediakan kursus berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif OKU kepada penjaga mengikut negeri. Anda digalakkan merujuk klinik kesihatan di negeri masing-masing untuk mengikuti kursus ini.
Tarikh dikemaskini: 10/9/2025
Komen topik ini
