Sektor awam merujuk kepada perkhidmatan atau pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri atau Tempatan (PBT) dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dan negara.
Sekiranya anda berminat untuk berkhidmat di sektor awam, permohonan boleh dibuat di portal yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM).
Syarat asas kelayakan untuk berkhidmat di sektor awam:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun
- Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan
Bekerja di sektor awam adalah satu bentuk khidmat bakti kepada negara yang menawarkan kestabilan kerjaya, manfaat jangka panjang dan peluang membina kemajuan bersama masyarakat.
Menjadi penjawat awam memberi peluang untuk menyumbang dalam perancangan dasar awam, pentadbiran dan pembangunan negara secara langsung.
