Kesihatan Remaja
Remaja menurut definisi WHO adalah golongan berusia di antara 10 hingga 19 tahun. Kesihatan remaja pula bermaksud kesejahteraan dari segi fizikal, sosial, mental dan rohani yang membolehkan mereka menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni dalam persekitaran yang menyokong, sebagai persediaan ke arah kesihatan optimum ketika dewasa. Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia
5 skop utama perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah seperti berikut: Kesihatan pemakanan Kesihatan mental Kesihatan seksual dan reproduktif Kesihatan tingkahlaku berisiko Kesihatan fizikal Manakala jenis perkhidmatan kesihatan yang diberikan termasuk: Perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan remaja Perkhidmatan saringan kesihatan remaja Perkhidmatan perawatan remaja Perkhidmatan khidmat nasihat/ kaunseling remaja Perkhidmatan rujukan Perkhidmatan optional (contoh: PROSTAR, Kelab Remaja) Perkhidmatan kesihatan sekolah
Fasa remaja merupakan tempoh peralihan penting dari alam kanak-kanak ke alam dewasa yang membentuk asas kepada kesihatan dan kesejahteraan masa depan seseorang. Dalam tempoh ini, remaja mengalami pelbagai perubahan pesat dari segi fizikal, emosi dan psikologi. Sokongan dan bimbingan ibu bapa amat penting bagi membantu remaja menyesuaikan diri, membuat keputusan yang bijak dan membina identiti diri secara sihat. Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia
Fasa remaja adalah satu peringkat perkembangan yang sensitif, di mana remaja lebih mudah terdedah kepada pelbagai faktor risiko yang boleh menjejaskan kesihatan seksual dan reproduktif mereka. Antara isu yang mungkin dihadapi remaja: Seksualiti Penderaan seksual Kehamilan remaja Pornografi Penyakit jangkitan kelamin (STI) HIV/AIDS Kedua-dua remaja lelaki dan remaja perempuan terdedah kepada risiko yang sama. Peranan ibu bapa amat penting dalam memberi sokongan emosi, membina komunikasi terbuka, dan membimbing remaja agar mereka memahami hak mereka dalam penjagaan kesihatan diri.
Pusat Remaja KafeTEEN merupakan antara inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang ditubuhkan untuk menyampaikan pendidikan dan kemahiran remaja tentang kesihatan reproduktif supaya remaja dapat mengamalkan cara hidup sihat. Isu kesihatan seksual yang perlu diketahui remaja Akil baligh dan perubahan badan Penjagaan kebersihan alat sulit Kitaran haid dan kesuburan Bahaya seks bebas dan penyakit seksual berjangkit Kehamilan remaja dan implikasi sosial Penderaan seksual Keselamatan dalam talian dan eksploitasi seksual digital Kepentingan pendidikan kesihatan seksual remaja Membina jati diri dan membentuk sikap positif terhadap kesihatan reproduktif Memberi ilmu yang tepat dan sahih tentang anatomi, akil baligh, haid dan perubahan hormon Meningkatkan kesedaran tentang risiko kehamilan tidak dirancang dan jangkitan penyakit kelamin Menggalakkan kemahiran menolak ( refusal skills ) dan membuat keputusan sihat Mencegah penderaan seksual, eksploitasi dan pergaulan berisiko tinggi Memupuk penghormatan terhadap diri dan orang lain, serta nilai tanggungjawab sosial
Program Kesihatan Sekolah merupakan inisiatif kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang meliputi murid dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah. Berikut merupakan pemeriksaan kesihatan bagi murid sekolah menengah: Imunisasi HPV ditawarkan kepada murid perempuan Tingkatan 1 bertujuan untuk mencegah kanser serviks yang disebabkan oleh Human Papillomavirus (HPV) jenis 16 dan 18 menerusi Program Imunisasi HPV Kebangsaan. Bermula tahun 2023, pemberian vaksin HPV dos tunggal diberikan berdasarkan perkembangan kesihatan semasa. Sijil vaksinasi HPV digital akan dikeluarkan kepada setiap murid yang telah divaksin. Pengesahan kepada masalah rabun warna akan dijalankan kepada murid Tingkatan 3. Ini penting bagi memastikan murid tidak menghadapi kesukaran dalam bidang pengajian yang memerlukan kepekaan terhadap warna seperti sains, teknologi, seni visual, dan kejuruteraan. Pengesahan awal membolehkan murid membuat perancangan kerjaya yang lebih tepat serta mendapat sokongan atau penyesuaian pembelajaran yang bersesuaian sekiranya diperlukan. Saringan Thalassaemia bagi murid Tingkatan 4 telah dijalankan sejak 2016. Tujuan utama: mengesan pembawa gen Thalassaemia dalam kalangan remaja sejak awal agar mereka dapat membuat pilihan pasangan yang tepat. Ini bagi memelihara zuriat yang bebas daripada penyakit Thalassaemia Major yang serius.
