Kesihatan Warga Emas
Warga emas: individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB,1982). Malaysia dijangka akan menjadi negara tua apabila kadar peratusan warga emas mencapai 15% daripada jumlah penduduk menjelang 2030.
Proses penuaan berlaku secara semulajadi dan berterusan. Setiap individu akan melaluinya dengan kadar yang berbeza-beza. Ianya dipengaruhi oleh amalan gaya hidup dan persekitaran. Penuaan sihat merujuk kepada usaha mengamalkan gaya hidup sihat agar anda dapat menua dengan sihat dan aktif sepanjang hayat.
Warga emas yang mempunyai penyakit kronik perlu mendapatkan rawatan secara berkala bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Contoh penyakit kronik: Hipertensi Diabetes Asthma Saringan kesihatan warga emas juga meliputi pemerhatian kefungsian seperti: Kemerosotan kognitif Pergerakan (mobiliti) Kurang zat makanan (malnutrisi) Masalah penglihatan Kurang pendengaran Kemurungan
Semua klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk golongan warga emas iaitu: Saringan kesihatan bagi pengesanan awal risiko penyakit Rawatan/ pemeriksaan kesihatan Promosi kesihatan, khidmat nasihat dan kaunseling Rujukan (jika perlu) Lawatan ke institusi warga emas Lawatan rumah Terdapat juga Kelab Warga Emas atau Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di klinik kesihatan tertentu. Warga emas dapat berkongsi pengalaman, melakukan aktiviti / hobi bersama-sama dan mengisi masa lapang dan mengurangkan rasa kesunyian. Sila hubungi klinik kesihatan terdekat untuk mendapatkan info ini.
Mengurus ibu bapa yang sudah tua memerlukan persediaan dari segi emosi, kewangan, masa dan pengetahuan penjagaan kesihatan. Sebagai persediaan ke arah negara tua, pelbagai sokongan daripada kerajaan disediakan untuk membantu penjaga kepada warga emas. Sekiranya anda merupakan antara penjaga utama kepada warga emas, berikut merupakan panduan umum yang perlu anda ketahui: Pantau pengambilan ubat mengikut dos dan waktu yang ditetapkan Pastikan jadual pemeriksaan doktor Pastikan diet seimbang, mudah dikunyah dan ditelan jika ada masalah oral motor Pantau pengambilan air untuk elak dehidrasi Pastikan rumah bebas daripada risiko jatuh seperti lantai licin, wayar berselerak atau permaidani longgar Gunakan pencahayaan yang cukup terutamanya di laluan dan bilik air Pasang grab bar di bilik mandi dan tandas Galakkan aktiviti fizikal ringan setiap hari (contohnya berjalan, regangan senaman kerusi) Sertakan aktiviti yang menyeronokkan seperti berkebun, menari perlahan, atau permainan tradisional yang menggerakkan badan Elakkan berehat terlalu lama tanpa bergerak; ubah posisi setiap 30–45 minit Sokong mereka untuk melakukan tugasan harian sendiri selama mana yang mampu (memakai baju, makan, mandi dan lain-lain) Sediakan peralatan bantuan seperti sudu ergonomik, tongkat, atau kerusi mandi jika diperlukan Libatkan mereka dalam keputusan tentang rutin harian untuk kekalkan rasa kendiri dan harga diri Kekalkan hubungan sosial dengan ahli keluarga, jiran atau komuniti Galakkan hobi dan aktiviti yang memberi makna (membaca, kraftangan, bercucuk tanam dan beribadah) Dengar pandangan dan cerita mereka tanpa menghakimi; ini membantu kesejahteraan emosi Gunakan kalendar besar atau papan notis untuk mengingatkan tarikh penting Labelkan almari atau bekas untuk memudahkan mencari barang Galakkan permainan minda seperti teka silang kata, menyanyi lagu lama atau mengira wang Jaga kesihatan fizikal dan mental diri sendiri, penjaga yang sihat dapat menjaga dengan lebih baik Minta bantuan ahli keluarga lain atau khidmat komuniti jika terlalu letih Sertai kumpulan sokongan penjaga ( caregiver support group ) untuk berkongsi pengalaman Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia Sekiranya anda merupakan antara penjaga utama kepada warga emas, berikut merupakan panduan umum yang perlu anda ketahui: Bantuan kewangan dan kebajikan Kenal pasti sekiranya bantuan kewangan diperlukan seperti Bantuan Warga Emas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Perancangan masa hadapan Sediakan dokumen penting sebagai perancangan Dokumen penting: Surat kuasa wakil, wasiat, maklumat perbankan Perbincangan tentang rawatan akhir hayat sekiranya perlu
