Bantuan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Kadar
Minimum RM150.00 sehingga maksimum RM500.00 sebulan sekeluarga.
Kriteria kelayakan:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
- Faktor-faktor lain yang sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon
Tarikh dikemaskini: 10/9/2025
Komen topik ini
