NACCOL atau Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai platform utama nasional untuk menyelaras dasar, inisiatif dan tindakan bersepadu dalam menangani isu kos sara hidup rakyat.
Antara tanggungjawab NACCOL:
- Membangunkan dasar, strategi dan pelan tindakan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup
- Mengenal pasti isu, masalah dan cabaran yang komprehensif berkaitan dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat
- Menyelaras pelaksanaan dasar dan program daripada pelbagai kementerian dan agensi bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat
- Memantau dan memastikan pelaksanaan yang berkesan bagi setiap usaha kluster dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat
Rujukan: NACCOL
Tarikh dikemaskini: 10/9/2025
Komen topik ini
