Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan bantuan yang diberikan kepada ibu bapa/ penjaga dengan anak pelihara. Tujuan BAP diberikan adalah untuk:
- Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/ yatim piatu atau tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal bersama-sama dengan keluarga pelihara
- Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri
- Menggalakkan masyarakat untuk tampil mengambil kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim/ yatim piatu atau tidak mempunyai saudara mara sebagai anak pelihara
Kadar:
RM250 sebulan seorang kanak-kanak
Maksimum: RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih
Kriteria kelayakan:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut:
- Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut:
- Kanak-kanak yang diambil dari Program Anak Pelihara yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau
- Kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan
- Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak
Tarikh dikemaskini: 10/9/2025
Komen topik ini
