Portal Ihsan MADANI merupakan sebuah platform sehenti digital yang dibangunkan untuk menyampaikan maklumat berkenaan bantuan kebajikan berkaitan kos sara hidup rakyat yang dibangunkan di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
Portal ini mengandungi inisiatif dan bantuan merentasi pelbagai kementerian, kerajaan negeri, jabatan dan agensi.
Antara fungsi utama portal:
- Carian bantuan mengikut profil pengguna
Pengguna boleh menyemak kelayakan awal terhadap bantuan tertentu berdasarkan maklumat peribadi asas.
Anda boleh menyemak pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif mengikut profil diri anda di Portal Ihsan MADANI:
Semak Bantuan Ihsan MADANI- Carian bantuan mengikut kategori
Bantuan boleh dicari mengikut kategori seperti pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan dan utiliti. - Maklumat berkaitan inisiatif/ bantuan
Ringkasan tentang pengenalan inisiatif, kumpulan sasar, syarat, kadar bantuan, agensi pelaksana serta pautan terus ke permohonan:
Tarikh dikemaskini: 10/9/2025
Komen topik ini
