Terdapat dua kaedah untuk memohon bantuan JKM:
- Permohonan secara manual
Permohonan bantuan kewangan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan di seluruh negara
Muat turun borang JKM18- Permohonan secara Dalam Talian
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan
Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan:
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen yang berkaitan
Tarikh dikemaskini: 10/9/2025
Komen topik ini
