Pendidikan awal kanak-kanak
Maksud pendidikan awal kanak-kanak Pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada proses pembelajaran yang diberikan kepada kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun. Ia merupakan fasa penting dalam perkembangan kognitif, sosial, emosi, dan fizikal kanak-kanak sebelum memasuki pendidikan formal di sekolah rendah. Jenis pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak boleh dikategorikan kepada beberapa jenis: Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun Dikendalikan oleh kerajaan dan agensi swasta Di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tadika Swasta (TADIKA) Untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Dikendalikan oleh agensi swasta di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun Dikendalikan oleh kerajaan di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Prasekolah Disediakan di sekolah kerajaan di bawah selian Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Terbuka kepada kanak-kanak 5-6 tahun
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah institusi yang menyediakan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun. Di Malaysia, semua TASKA diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bagi memastikan standard keselamatan dan kualiti penjagaan dipatuhi. Semak senarai TASKA berdaftar: Ibu bapa yang ingin memastikan TASKA pilihan mereka berdaftar dengan Kerajaan boleh melakukan semakan di portal berikut: Kepentingan memilih TASKA berdaftar: Keselamatan : Memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak Kebersihan : Menjaga kebersihan premis dan kesihatan kanak-kanak Kualiti : Memberikan penjagaan dan pendidikan awal yang berkualiti Kelayakan pengasuh : Pengasuh yang terlatih dan berkelayakan Dengan memilih TASKA berdaftar, anda dapat memastikan anak anda dapat menerima penjagaan dan pendidikan awal yang terbaik dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.
Pra-Sekolah KPM Pra-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan untuk murid berumur 5 dan 6 tahun sebelum anak-anak ini memasuki alam persekolahan formal pada Tahun 1. Prasekolah ini ditawarkan di sekolah-sekolah rendah kerajaan. Ciri-ciri Pra-sekolah KPM Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh KPM Kelas dijalankan di sekolah kebangsaan Makanan sihat disediakan berdasarkan garis panduan pemakanan yang ditetapkan Syarat Kemasukan Prasekolah KPM Warganegara Malaysia Berumur 5 dan 6 tahun pada tahun persekolahan yang dimohon Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan kawasan luar bandar. Cara Permohonan Secara dalam talian melalui sistem e-Prasekolah KPM di laman web rasmi KPM Tempoh permohonan: 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya Borang permohonan juga boleh diperoleh di sekolah rendah yang menawarkan kelas prasekolah KPM Anda juga boleh menyemak senarai pra-sekolah berdaftar. Rujukan: Pendidikan Prasekolah
TABIKA KEMAS (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Program ini diwujudkan bagi menyediakan pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun terutamanya di kawasan luar bandar, pedalaman dan komuniti B40. Ciri-Ciri TABIKA KEMAS Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh KPM Fokus kepada kawasan luar bandar dan komuniti kurang berkemampuan bagi memastikan akses pendidikan awal kepada semua kanak-kanak Syarat Kemasukan TABIKA KEMAS Warganegara Malaysia Berumur 4 hingga 6 tahun pada tahun permohonan Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar Cara Permohonan Permohonan boleh dibuat melalui: Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November
TABIKA Perpaduan adalah program pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Program ini diwujudkan untuk memberi pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dengan penekanan kepada perpaduan etnik dan integrasi nasional sejak usia muda. Ciri-Ciri TABIKA Perpaduan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh KPM Fokus kepada pemupukan nilai perpaduan dengan penyertaan murid dari pelbagai etnik dan budaya Syarat Kemasukan TABIKA Perpaduan Warganegara Malaysia Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun pada tahun persekolahan (keutamaan diberi kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun) Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10 km dari lokasi TABIKA Perpaduan Murid-murid bukan berkeperluan khas Penyertaan terbuka kepada semua etnik dengan matlamat meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional Cara Permohonan Permohonan boleh dibuat melalui: Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di daerah masing-masing. Melalui sistem pendaftaran TABIKA Perpaduan dalam talian. Melalui guru atau pengurusan TABIKA Perpaduan di kawasan tempat tinggal.
Tadika swasta di Malaysia merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh pihak swasta. Ia menawarkan pendidikan kepada kanak-kanak berumur 4-6 tahun dengan tujuan membina asas yang kukuh dalam perkembangan akademik, sosial dan emosi sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Antara kategori tadika swasta di Malaysia: Tadika Swasta Menyediakan pendidikan awal bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Program tambahan seperti QDEES atau BIR ALI Tadika di Sekolah Antarabangsa Menggunakan kurikulum luar negara seperti Kurikulum British, Australia, Canada atau Amerika Hanya beroperasi di sekolah antarabangsa Semua tadika swasta perlu berdaftar dengan agensi kerajaan yang berkaitan: Tadika Swasta – Berdaftar di bawah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tadika Islam / Pusat Tahfiz – Perlu berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) jika menawarkan kurikulum agama
