Latihan Industri
Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih. Ia merupakan satu bentuk pendedahan dunia pekerjaan sebenar kepada pelajar sebelum sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Tempoh latihan: Berbeza mengikut institusi/program, biasanya antara 3 - 6 bulan Tempat latihan: Sektor kerajaan, swasta, badan berkanun, NGO atau syarikat yang berkaitan dengan bidang pengajian pelajar
Antara langkah yang boleh anda ambil sebelum memohon latihan industri: Menyediakan resume yang terkini dan berkualiti Menulis surat permohonan yang khusus Mempersiapkan diri untuk sesi temu duga Rujuk institusi anda untuk mendapatkan garis panduan sebelum memohon latihan industri. Berikut adalah antara organisasi/ portal yang menyediakan peluang latihan industri: Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat institusi berkaitan penempatan latihan industri dan portal khusus yang disediakan institusi pengajian anda sekiranya ada.
Sesetengah organisasi atau syarikat menyediakan kemudahan dan elaun sebagai insentif latihan dan perkhidmatan kepada pelajar. Walau bagaimanapun, setiap kemudahan atau elaun yang disediakan bergantung kepada dasar dan polisi organisasi atau syarikat. Berikut merupakan antara kemudahan dan elaun yang disediakan: Agensi Kerajaan Elaun latihan amali: RM5/ sejam (8 jam sehari) untuk setiap hari bekerja Terhad kepada maksimum 90 hari bekerja Tertakluk kepada peruntukan sedia ada Rujukan: Agensi Swasta Tiada kadar wajib yang ditetapkan, namun terdapat beberapa program yang boleh dimanfaatkan syarikat dalam pemberian elaun kepada pelajar industri: Skim Latihan Industri (ITS) Elaun sehingga RM500 sebulan daripada majikan yang berdaftar di bawah HRD Corp National Structured Internship Programme (MySIP) Program di bawah Talent Corporation kepada syarikat yang mengambil pelajar latihan industri dengan kadar minimum berikut: RM600 sebulan: Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Sijil Profesional, atau setaraf RM500 sebulan: Diploma, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3, atau setaraf
