Pendidikan Khas
Taska OKU (Taman Asuhan Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya) ialah pusat penjagaan harian awal kanak-kanak di bawah Pertubuhan Sukarela Kebajikan khusus untuk kanak-kanak OKU berumur 0 hingga 4 tahun. Terbuka kepada semua kategori OKU Syarat kemasukan: Warganegara Malaysia OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Berumur 4 tahun dan ke bawah
Sekolah Pendidikan Khas adalah sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Sekolah yang ditubuhkan khusus sepenuhnya untuk MBPK yang mempunyai kemudahan khas seperti bilik terapi, alat bantu pengajaran, dan guru terlatih. Antara program yang disediakan untuk keperluan MBPK di Malaysia adalah: Program khas dalam sekolah arus perdana untuk MBPK Murid MBPK ditempatkan dalam kelas khas tetapi berkongsi persekitaran dengan murid biasa Ditawarkan diperingkat rendah dan menengah di seluruh negara Berbeza dengan PPKI, MBPK diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa bersama-sama rakan sebaya dengan sokongan dan penyesuaian pembelajaran mengikut keperluan individu. Syarat Kemasukan Sekolah Pendidikan Khas MPBK yang memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai surat pengesahan oleh pengamal perubatan / pakar pendidikan khas. Pendaftaran melalui Portal idMe Bagi PPKI, murid perlu melalui saringan dan penilaian sebelum ditempatkan dalam program pendidikan khas. Rujukan: KPM Pendidikan Khas
Sekolah Pendidikan Khas adalah sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kategori Sekolah Menengah Pendidikan Khas Sekolah Menengah Pendidikan Khas terbahagi kepada beberapa jenis, bergantung kepada kategori murid: Sekolah yang sepenuhnya dikhaskan untuk MBPK yang cemerlang dalam akademik Mempunyai kemudahan khas seperti alat bantu pengajaran, terapi pertuturan, bilik sumber pendidikan khas dan guru yang terlatih. Menawarkan pendidikan berasaskan kemahiran untuk membantu MBPK membina kerjaya selepas tamat persekolahan Kursus termasuk Teknologi Jahitan, Penyediaan Makanan dan Mekanik Program Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kawalan KPM MBPK ditempatkan dalam kelas PPKI dalam sekolah menengah biasa Mereka belajar dalam program khas tetapi masih boleh menyertai aktiviti bersama murid lain Program pendidikan yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan Rujukan: KPM Pendidikan Khas Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Digunakan oleh murid yang boleh mengikuti kurikulum kebangsaan dengan pengubahsuaian atau sokongan tambahan Digunakan di SMPKV, menekankan latihan kemahiran untuk murid MBPK Murid boleh memperoleh Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang membolehkan mereka terus bekerja atau melanjutkan pelajaran ke kolej kemahiran Syarat Kemasukan: Murid yang telah dikenal pasti sebagai MBPK yang mempunyai kad OKU melalui penilaian pengamal perubatan/ pakar pendidikan khas Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ SMPKV akan menilai keperluan murid sebelum menentukan sama ada mereka sesuai ditempatkan dalam SMPK atau PPKI
