Penajaan dan Bantuan Kewangan
Pelajar lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat berpeluang untuk mendapatkan penajaan berbentuk biasiswa penuh, pinjaman pendidikan serta bantuan kewangan daripada institusi kerajaan, syarikat korporat, yayasan, universiti dan lain-lain organisasi. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Majlis Amanah Rakyat (MARA): Bank Negara: Petronas: Yayasan Khazanah: Yayasan Tenaga Nasional: Shell Malaysia: Universiti Tun Abdul Razak: Multimedia University:
Terdapat beberapa peluang biasiswa dan penajaan untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda. Berikut merupakan antara senarai biasiswa dan penajaan Sarjana Muda: Petronas: Yayasan Khazanah: Hong Leong Foundation: Yayasan Tenaga Nasional: Universiti Tun Abdul Razak: Multimedia University:
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelajar yang mengikuti latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran awam dan swasta. Terdapat dua kategori peminjam iaitu: Lepasan Menengah Bayaran balik bermula selepas 6 bulan pengajian Caj tadbir 3% setahun dikenakan mengikut kadar baki berkurangan Tempoh bayaran balik maksimum 120 bulan mengikut jumlah pinjaman Pekerja yang ingin mengikuti latihan semula/ peningkatan kemahiran (reskilling/ upskilling) Bayaran balik bermula bulan berikutnya selepas tamat pengajian Caj tadbir 1% setahun dikenakan mengikut kadar baki berkurangan Tempoh bayaran balik maksimum 60 bulan mengikut jumlah pinjaman
Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) ialah skim pembiayaan patuh syariah yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sebagai alternatif pinjaman patuh syariah. Terdapat dua kategori peminjam iaitu: Lepasan Menengah Pekerja yang ingin mengikuti latihan semula/ peningkatan kemahiran (reskilling/ upskilling) Antara elemen pinjaman: Kadar maksimum yuran pengajian Kos sara hidup sebanyak RM600/ bulan Takaful Kos pendaftaran MBOT Elaun pengangkutan Elaun komputer riba
MyPerkasa TVET merupakan portal/ aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk memudahkan urusan berkaitan pembiayaan TVET seperti semakan status pinjaman dan pembayaran secara dalam talian. Antara ciri aplikasi MyPerkasa TVET Semakan pinjaman Peminjam boleh memantau status kelulusan dan baki pinjaman Pembayaran dalam talian Peminjam boleh membayar balik pinjaman secara dalam talian
Antara bantuan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi termasuk: Dermasiswa B40 Dermasiswa B40 merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar lepasan SPM yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Bidang pengkhususan: Diploma dan diploma TVET Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti ( BKPKK ) Bantuan kewangan kepada pelajar kolej komuniti yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Antara syarat permohonan: Pemohon hendaklah warganegara Malaysia; Bagi pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil) Pendapatan ibu bapa RM3,000 dan ke bawah tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program Bantuan Kewangan Asasi (BKA) Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program asasi di Universiti Awam dan 5 politeknik yang terpilih. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40. Bantuan Kewangan OKU (BKOKU) Bantuan Kewangan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Program Pendidikan Khas (PPK) Bantuan kewangan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada 1 November 1997. Tujuan utamanya adalah untuk membantu pelajar Malaysia membiayai kos pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. PTPTN turut memainkan peranan dalam menggalakkan budaya menabung melalui produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan mengurus pembayaran balik pinjaman pendidikan. Kelebihan pinjaman PTPTN Pinjaman pendidikan tanpa faedah (caj pentadbiran 1%) Pembukaan akaun SSPN secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN Kemudahan bayaran balik melalui pelbagai saluran (dalam talian, potongan gaji, e-wallet dan lain-lain)
