Merancang Keluarga
LPPKN menyediakan perkhidmatan perancang keluarga yang komprehensif untuk membantu pasangan merancang kehamilan dalam keadaan yang sihat dan terancang dengan jarak kehamilan yang selamat bagi mencapai kesejahteraan keluarga. Perkhidmatan perancang keluarga di bawah LPPKN Konsultasi perancangan keluarga Sesi kaunseling perancang keluarga bersama pegawai kesihatan Penjelasan tentang kaedah yang berkesan dan sesuai digunakan dengan keadaan kesihatan ibu dan anak, gaya hidup dan keperluan pasangan Kaedah perancang kehamilan LPPKN menawarkan pelbagai kaedah kontraseptif moden seperti: Pil perancang Suntikan Implan Alat dalam rahim (IUCD)
Bagi pasangan yang telah berkahwin dalam tempoh enam bulan ke atas tetapi masih belum mempunyai cahaya mata, terdapat beberapa perkhidmatan kesihatan untuk mengenal pasti masalah kesuburan yang dihadapi. LPPKN menyediakan perkhidmatan rawatan kesuburan melalui Klinik Subfertiliti yang terdapat di beberapa lokasi. Perkhidmatan ini bertujuan membantu pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil . Rawatan kesuburan oleh LPPKN Ujian hormon wanita (FSH, LH/ AMH) Imbasan ultrabunyi pelvis/transvaginal Ujian air mani (sperma) bagi lelaki Hysterosalpingogram (HSG) / Hysterosalpingo-Foam Sonography (HyFoSy) untuk menilai keadaan tiub fallopio Penggunaan ubat kesuburan, rawatan suntikan hormon untuk membantu ovulasi atau pemantauan ovulasi menggunakan imbasan ultrabunyi Prosedur kesuburan yang melibatkan penempatan sperma yang telah diproses terus ke dalam rahim wanita, bertujuan untuk meningkatkan peluang persenyawaan dan kehamilan Rawatan teknologi pembiakan berbantu (ART) adalah prosedur perubatan yang digunakan untuk membantu pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil secara semula jadi. Ia melibatkan manipulasi telur dan sperma di makmal untuk mencapai kehamilan
