Perceraian Pasangan Bukan Islam
Berikut merupakan jenis perceraian bagi pasangan bukan Islam: Sama ada suami atau isteri memeluk Islam manakala pasangan tidak memeluk agama Islam Permohonan dekri pembatalan dengan memberikan bukti alasan perkahwinan tidak sah Suami isteri bersetuju untuk membubarkan perkahwinan selepas tamat tempoh 2 tahun perkahwinan kecuali dengan kebenaran khas mahkamah Bagi pembubaran yang dipertikaikan pasangan perlu melalui tribunal di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Rujukan: Sivil - Portal Rasmi Jabatan Bantuan Guaman Malaysia
Bagi pasangan bukan Islam yang ingin memfailkan permohonan cerai, tempoh perkahwinan mestilah telah genap dua tahun kecuali dengan kebenaran khas mahkamah. Prosedur perceraian bagi pasangan bukan Islam di Malaysia adalah seperti yang berikut. Failkan petisyen cerai di Mahkamah Tinggi Permohonan sama ada petisyen perceraian bersama atau petisyen perceraian dipertikaikan. Sebutan dan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jika mahkamah berpuas hati dengan permohonan perceraian, Perintah Mahkamah Sementara (Dekri Nisi) akan dikeluarkan. Selepas tiga bulan, pasangan boleh memohon Dekri Nisi Mutlak (Sijil Perceraian). Tribunal perkahwinan (jika berkaitan) Bagi kes pasangan dengan perceraian yang dipertikai, pemohon perlu merujuk kepada Tribunal Perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kecuali bagi beberapa keadaan. Pengemaskinian maklumat perceraian Pemohon perlu mengemukakan Dekri Nisi Mutlak asal yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk pengemaskinian maklumat penceraian di JPN.
Bagi pasangan bukan Islam, terdapat beberapa jenis tuntutan dan hak isteri terhadap suami apa bila mereka bercerai. Antara tuntutan dan hak tersebut adalah seperti yang berikut: Alimoni merupakan tuntutan bayaran kewangan terhadap pasangan selepas berlaku perceraian. Terdapat beberapa jenis alimoni, antaranya: Alimoni sementara: diberikan untuk tempoh tertentu Alimoni tetap: diberikan secara berterusan dan berpanjangan Alimoni anak: bayaran sokongan kewangan untuk keperluan anak-anak Pasangan boleh menuntut bahagian ke atas harta yang diperoleh semasa perkahwinan. Mahkamah akan mengambil kira: Sumbangan langsung: harta yang diperoleh bersama oleh kedua-dua pihak Sumbangan tidak langsung: sumbangan yang bukan berbentuk wang atau benda tetap menghasilkan harta atau aset kepada pasangan Ditentukan oleh mahkamah berdasarkan kepentingan dan kebajikan anak. Jenis penjagaan: Penjagaan penuh ( full custody ) Penjagaan bersama ( joint custody ) Hak lawatan ( access rights ) untuk ibu atau bapa yang tidak mendapat penjagaan penuh
