Perkahwinan Pasangan Bukan Islam
SMARTSTART 2.0 ialah program pra perkahwinan yang diperkenalkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ia dirancang khusus untuk membantu individu atau pasangan yang merancang untuk berkahwin agar lebih bersedia sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Program ini merangkumi pelbagai modul yang relevan dengan kehidupan berumah tangga, termasuk: Persediaan mental dan pengurusan emosi Membantu peserta memahami dan mengurus emosi serta membina sikap positif dalam perkahwinan Alam perkahwinan Memberikan gambaran realistik tentang kehidupan berumah tangga dan tanggungjawab suami isteri. Aspek perundangan dan ekonomi rumah tangga Memberikan pengetahuan tentang hak, tanggungjawab, dan pengurusan kewangan dalam perkahwinan. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari portal LPPKN di pautan berikut:
Bagi pasangan bukan Islam yang ingin mendaftar perkahwinan, agensi yang terlibat dalam urusan pendaftaran adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Setiap pasangan bukan Islam wajib mendaftar perkahwinan di JPN. Prosedur asas: Permohonan pendaftaran perkahwinan Permohonan boleh dibuat di cawangan JPN mengikut alamat kad pengenalan pemohon atau secara dalam talian di pautan berikut: Pamer notis perkahwinan Selepas permohonan dibuat, notis perkahwinan akan dipamer dalam tempoh 21 hari di JPN. Pengupacaraan perkahwinan Upacara perkahwinan akan dilaksanakan selepas tamat 21 hari dan tidak lebih daripada tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan diterima. Bagi permohonan yang telah tamat tempoh 6 bulan, pasangan perlu mengemukakan permohonan semula. Rujukan: Portal JPN - Perkahwinan
Secara asasnya, terdapat dua jenis perkahwinan bukan Islam iaitu: Tanpa Lesen Perkahwinan tanpa lesen adalah prosedur standard bagi pasangan yang memenuhi semua syarat perkahwinan tanpa memerlukan sebarang kelulusan khas. Syarat umur: Kedua-dua pihak berumur 21 tahun ke atas Status perkahwinan: Kedua-dua pihak berstatus bujang, duda, janda, atau balu Berlesen Perkahwinan berlesen merujuk kepada situasi di mana pasangan perlu mendapatkan kelulusan khas (lesen) sebelum perkahwinan didaftarkan disebabkan oleh keadaan tertentu di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. Beberapa keadaan tersebut termasuk: Perkahwinan tanpa notis pemberitahuan Jika pasangan ingin melangsungkan perkahwinan tanpa perlu menunggu tempoh notis 21 hari, mereka boleh memohon lesen ini. Perkahwinan dengan pasangan perempuan berumur 16-18 tahun Permohonan lesen ini perlu dikemukakan dan tertakluk kepada kelulusan diuruskan oleh JPN. Perkahwinan di tempat selain pejabat pendaftar Jika pasangan ingin melangsungkan perkahwinan di lokasi selain pejabat pendaftar seperti dewan, rumah ibadat atau tempat lain, mereka perlu memohon lesen ini. Perkahwinan antara pihak yang mempunyai hubungan persaudaraan dilarang Jika pasangan mempunyai hubungan persaudaraan tertentu yang biasanya dilarang, mereka boleh memohon lesen ini untuk mendapatkan kebenaran khas. Kelulusan akan diberikan oleh Ketua Menteri setelah mempertimbangkan undang-undang, agama, adat, atau kelaziman yang terpakai.
