Bantuan Kesihatan
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 mendapatkan rawatan sakit-sakit ringan. 10 daerah dengan klinik panel berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI: W.P Kuala Lumpur Gombak, Selangor Hulu Langat, Selangor Petaling, Selangor Klang, Selangor Johor Bahru, Johor Kinta, Perak Timur Laut, Pulau Pinang Kota Kinabalu, Sabah Kuching, Sarawak Kelayakan Skim Perubatan MADANI Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang Kelayakan adalah secara automatik Mereka yang layak wajib mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama dengan skim ini daripada agensi kerajaan lain Rawatan sakit ringan yang diberikan: Demam dan selsema Cirit birit dan muntah Terseliuh Sakit kepala Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain Jumlah manfaat yang diterima: Isi rumah berkeluarga: RM250 Warga emas tanpa pasangan: RM125 Bujang: RM75
PeKa B40 (Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40) ialah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diperkenalkan untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan rendah (B40) kepada penjagaan kesihatan, terutamanya dari aspek pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD). Kelayakan: Warganegara Malaysia Berumur 40 tahun dan ke atas Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau pasangan mereka Manfaat Skim PeKa B40 Manfaat 1: Saringan kesihatan percuma Saringan kesihatan percuma di klinik swasta berdaftar dengan PeKa B40 yang merangkumi: Pengambilan sejarah kesihatan termasuk faktor risiko kesihatan Saringan kesihatan mental Pemeriksaan fizikal Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko Ujian darah dan ujian air kencing Manfaat 2: Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000 Manfaat ini melibatkan bantuan alat perubatan yang tidak diberikan subsidi oleh hospital KKM. Antara alat bantuan perubatan termasuk: Stent untuk jantung Alat sendi tiruan Alat bantuan pendengaran Perentak jantung Prostesis dan implan untuk tulang belakang Prostesis dan ortosis tulang anggota Kanta mata intraokular Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator Bantuan sokongan nutrisi Kerusi roda Saringan kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mendapatkan manfaat ini. Manfaat 3: Insentif melengkapkan rawatan kanser sebanyak RM1,000 Insentif ini diberikan kepada pesakit kanser dari kalangan B40 dan dipecahkan kepada dua kali pembayaran: RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser Pesakit perlu melengkapkan saringan kesihatan (Manfaat 1) terlebih dahulu dan kelayakan Manfaat 3 ini perlu disahkan doktor atau pakar perubatan KKM. Manfaat 4: Insentif tambang pengangkutan Penerima Manfaat 2 (bantuan alat perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (insentif melengkapkan rawatan kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini. Had maksimum bantuan yang boleh diterima: RM500 untuk Semenanjung Malaysia RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan Jumlah insentif tamban tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) ialah bantuan bulanan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada penjaga kepada Orang Kurang Upaya (OKU) atau warga emas yang terlantar, tidak mampu menguruskan diri dan memerlukan penjagaan sepenuh masa. Bantuan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap tanggungjawab penjaga yang menjaga OKU terlantar di rumah dan bertujuan untuk membantu menampung kos asas penjagaan dan keperluan harian. Kelayakan permohonan Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia Kategori pemohon: Penjaga kepada OKU/ pesakit kronik terlantar; atau Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan sekurang-kurangnya 3 bulan minimum; atau OKU/ pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaga bukan warganegara Malaysia, bantuan akan diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan Kadar bantuan RM500 sebulan Dibayar kepada penjaga yang sah dan disahkan oleh JKM
Bantuan yang diberikan oleh JKM kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh pegawai perubatan (kerajaan/ swasta) atau pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan. Jenis alat sokongan/tiruan kepada OKU: Kerusi roda manual/ elektrik: untuk OKU fizikal yang tidak boleh berjalan Tongkat putih dan mesin braille: untuk OKU penglihatan dan masalah mobiliti Kaki atau tangan palsu (prosthesis): alat ganti kehilangan anggota badan Alat bantu pendengaran: untuk OKU pendengaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan alat tiruan/ alat sokongan kepada OKU dengan kadar mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan. Syarat: Warganegara dan bermastautin di Malaysia Merupakan kumpulan sasar JKM Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta) atau pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan Atau mana-mana kes yang berkeperluan adalah layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM Untuk permohonan bantuan boleh rujuk di pautan:
