Bantuan Kewangan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan satu inisiatif bantuan kewangan tunai secara terus oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kepada golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada agenda Malaysia Madani untuk meringankan beban sara hidup rakyat. Kategori penerima STR: Isi rumah Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah Mempunyai pasangan atau ibu/ bapa tunggal/ balu/ janda/ duda dengan anak yang menepati syarat Warga Emas Tiada Pasangan Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia Berumur 60 tahun ke atas Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah Bujang atau ibu/ bapa tunggal/ balu/ janda/ duda tiada anak Bujang Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia Bujang atau ibu/ bapa tunggal/ balu/ janda/ duda tiada anak Berumur 21 hingga 59 tahun (atau 19 tahun ke atas bagi OKU) Bukan pelajar IPTA/ IPTS sepenuh masa Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah Kadar bayaran STR Kadar bayaran STR bergantung kepada pendapatan dan bilangan isi anak. Berikut merupakan kadar bayaran secara umum: Isi rumah tiada anak: antara RM500 sehingga RM1,000 setahun Isi rumah 1 – 5 anak: antara RM750 sehingga RM2,500 setahun Warga emas tiada pasangan: RM600 setahun Bujang: RM600 setahun Kaedah pembayaran: Melalui akaun bank secara pembayaran terus Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank Anda digalakkan untuk merujuk portal rasmi STR bagi syarat dan kadar bayaran terkini.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar untuk mendapatkan barangan keperluan asas. Program ini merupakan program lanjutan daripada STR dan dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan MyKasih menggunakan sistem tanpa tunai ( cashless ) melalui MyKad. Kategori penerima: Miskin tegar/ miskin (penerima STR wujud rekod eKasih) Selain miskin tegar/ miskin (penerima STR) Kadar bantuan: Bergantung kepada kategori penerima, sehingga RM2,100 setahun bagi miskin tegar/ miskin Rujukan: Kadar bantuan SARA Kaedah pelaksanaan: Bantuan dikreditkan ke MyKad penerima Penerima hanya perlu imbas MyKad di kedai runcit /pasar raya yang terlibat Senarai barangan asas seperti: Roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa Produk kebersihan diri dan produk kebersihan rumah Ubat-ubatan Barangan persekolahan
Skim bantuan persekutuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada keluarga dengan kanak-kanak yang layak. Kadar: Minimum RM200 sebulan seorang Maksimum: RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut: RM250 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah RM200 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun Tujuan: Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya Membantu ibu/ bapa/ penjaga memelihara anak/ kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan/ buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak/ kanak-kanak
Bantuan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Kadar Minimum RM150.00 sehingga maksimum RM500.00 sebulan sekeluarga. Kriteria kelayakan: Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain Faktor-faktor lain yang sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon
Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan bantuan yang diberikan kepada ibu bapa/ penjaga dengan anak pelihara. Tujuan BAP diberikan adalah untuk: Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/ yatim piatu atau tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal bersama-sama dengan keluarga pelihara Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri Menggalakkan masyarakat untuk tampil mengambil kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim/ yatim piatu atau tidak mempunyai saudara mara sebagai anak pelihara Kadar : RM250 sebulan seorang kanak-kanak Maksimum: RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih Kriteria kelayakan: Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut: Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut: Kanak-kanak yang diambil dari Program Anak Pelihara yang dikendalikan oleh JKM; atau Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau Kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak
Bantuan Warga Emas (BWE) disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai bantuan kewangan kepada warga emas yang memerlukan. Kriteria kelayakan: Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia Berumur 60 tahun dan ke atas Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma Kadar bantuan: RM600/ sebulan
