Lain-lain Bantuan & Kemudahan
Pelepasan cukai diberikan kepada individu OKU atau pembayar cukai yang menyara tanggungan OKU. Ia bertujuan meringankan beban kewangan golongan kurang upaya di Malaysia. Terdapat beberapa jenis dan kategori pelepasan bagi OKU, antaranya: Individu OKU Diri sendiri merupakan OKU berdaftar Pelepasan: Tambahan RM6,000 Suami/ isteri OKU Pasangan merupakan OKU dan tidak bekerja Pelepasan : Tambahan RM5,000 Anak OKU (di bawah 18 tahun) Pelepasan: RM6,000 Anak OKU yang masih belajar di IPT (18 tahun ke atas dan belum berkahwin) Pelepasan: Tambahan RM8,000 Peralatan sokongan asas OKU Pembelian alat bantuan (kerusi roda, alat pendengaran, dsb.) untuk diri sendiri/ pasangan/ anak atau ibu bapa Pelepasan: RM6,000 Rawatan anak kurang upaya pembelajaran Perbelanjaan termasuk: penilaian diagnosis kurang upaya pembelajaran program intervensi awal rawatan pemulihan kurang upaya pembelajaran Pelepasan: sehingga RM4,000 (terhad) Pastikan anda menyimpan resit pembelian dan semak senarai pelepasan cukai tahunan terkini.
Program di bawah Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada ibu tunggal untuk menimba ilmu dan berdikari bagi meningkatkan potensi diri serta keluar daripada masalah yang dihadapi. Maklumat Program: Tiga modul utama Modul Kemahiran Perundangan Pengurusan Kewangan Pembangunan Potensi Melibatkan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Pusat Psikologi Jiwa Damai Kategori ibu tunggal di bawah Program KasihnITa: Perempuan yang menjadi ketua isi rumah: Balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Portal Warga Emas (eWARGA EMAS) adalah usaha Kerajaan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan dalam Dasar Warga Emas iaitu membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu. Fungsi utama portal kepada warga emas: Modul kerjaya Modul pembelajaran sepanjang hayat Modul advokasi Modul perkhidmatan komuniti
Pengangkutan awam mesra OKU di Malaysia disediakan bagi memastikan akses yang selamat, mudah dan inklusif kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Kemudahan ini merangkumi bas, keretapi dan perkhidmatan khas sesuai untuk pengguna kerusi roda, cacat penglihatan, pendengaran dan keperluan khas lain. Antara kemudahan yang disediakan termasuk: MRT, LRT, Monorel – RapidKL Tambang percuma kepada OKU di bawah program OKU Smile KTM Komuter Diskaun 50% tambang untuk pemegang Kad OKU Buat masa sekarang, kemudahan diskaun ini hanya boleh didapatkan menerusi pembelian di kaunter sahaja Bas RapidKL dan GoKL (Wilayah Persekutuan) Pengguna kemudahan Prasarana boleh menggunakan kad OKU Smile Bas lantai rendah (low-floor bus) sesuai untuk pengguna kerusi roda Tempat khas untuk kerusi roda dalam bas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyediakan beberapa kemudahan khusus kepada OKU untuk memberi galakan kepada mereka berdikari dan bergerak bebas. Berikut merupakan kemudahan yang disediakan kepada golongan OKU: Pengurangan bayaran lesen memandu A/A1 OKU berdaftar (Kad OKU JKM) boleh memohon bayaran fi nominal bagi permohonan lesen memandu Kategori kenderaan: A: motosikal OKU A1: kereta OKU Termasuk: Lesen belajar memandu (LDL) Lesen percubaan (PDL) Lesen memandu kompeten (CDL) Permohonan pelekat kenderaan bagi OKU fizikal Syarat permohonan: OKU fizikal berkerusi roda Memandu kenderaan Memiliki kenderaan yang dimodifikasi dan telah didaftarkan sebagai Kenderaan Orang Cacat Pengecualian cukai jalan ( road tax ) untuk kenderaan OKU OKU berdaftar boleh memohon pengecualian 100% cukai jalan bagi satu kenderaan atas nama sendiri atau ibu bapa/penjaga (jika OKU bawah umur) Terhad kepada (dalam satu masa): 1 kenderaan kelas motokar 1 kelas motosikal Tidak termasuk kenderaan yang telah diubah suai untuk Kegunaan Orang Cacat dengan jenis badan Kenderaan Orang Cacat (KOC) (kod kegunaan IA)
Antara kemudahan khas mesra OKU di bangunan awam termasuk: Tempat letak kereta OKU kaunter khas/ laluan khas OKU Lif mesra OKU Tandas khas OKU Laluan tak berhalangan ( tactile paving , tanjakan)
Sebagai warga emas, anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan seperti diskaun tambang pengangkutan dan tiket masuk ke tempat awam. Diskaun pengangkutan Kad konsesi warga emas RapidKL Diskaun 50% bagi perjalanan melalui LRT, MRT, Monorel Bas Rapid KL Bayaran permulaan adalah sebanyak RM15 Perlu berdaftar di kaunter Rapid KL atau Kad Konsesi MyRapid Tiket konsesi KTMB Diskaun 50% tambang konsesi Sah untuk: KTM Komuter ETS Perlu daftar kad konsesi KTM i-Card Warga Emas di kaunter tiket atau aplikasi/ portal KITS Kemudahan lain untuk warga emas Diskaun bayaran pasport Bayaran RM100 bagi warga emas Diskaun bayaran masuk ke pusat rekreasi awam Contoh: Muzium, Zoo, Taman Tema, Pusat Sains Negara
