Institusi Kebajikan
Institusi Kebajikan OKU merujuk kepada tempat perlindungan, penjagaan dan pemulihan yang ditubuhkan untuk Orang Kurang Upaya yang memerlukan sokongan berterusan dalam kehidupan harian mereka. Tujuan utama penubuhan institusi kebajikan OKU: Memberi perlindungan dan penjagaan kepada OKU yang tiada penjaga atau tidak mampu berdikari Memberi rehabilitasi supaya OKU dapat berdikari sebanyak mungkin Mengurangkan kebergantungan OKU kepada orang lain Terdapat 10 institusi di bawah JKM iaitu: 7 institusi Taman Sinar Harapan 2 institusi Bengkel Daya 1 institusi latihan iaitu Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi Institusi-institusi ini dikendalikan secara langsung oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Pusat Jagaan OKU perlu berdaftar dibawah Akta Pusat Jagaan 1993 dan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memberi perlindungan, penjagaan, pemulihan dan latihan asas kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak dapat dijaga oleh keluarga atau memerlukan persekitaran khas untuk pembangunan kendiri. Pusat-pusat ini beroperasi sebagai tempat tingga sepenuh masa (berkediaman) atau pusat harian, bergantung kepada jenis kemudahan dan keperluan penerima. Senarai pusat jagaan OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat:
Taman Sinar Harapan (TSH) merupakan institusi di bawah JKM yang memberi penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada OKU kategori pembelajaran Tempat selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kanak-kanak OKU pembelajaran yang memerlukan perlindungan Tempoh tinggal: 3 tahun atau sehingga mencapai had umur yang ditetapkan Cara kemasukan: Sukarela melalui kuasa Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 Terkini, terdapat 7 buah TSH di seluruh negara.
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan satu program pemulihan dan intervensi yang dilaksanakan dalam komuniti tempatan untuk OKU bagi semua kategori, terutamanya kanak-kanak dan remaja. Program ini dijalankan secara usahasama antara JKM dengan komuniti setempat dan bertujuan membangunkan potensi OKU dalam suasana inklusif dan mesra komuniti. Antara aktiviti PDK: Kemahiran motor kasar Kemahiran motor halus Perkembangan sosial Perkembangan bahasa Pengurusan diri sendiri Latihan vokasional Terapi muzik Sukan dan rekreasi Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan melalui Pertubuhan Kebajikan Sukarela (PSK) yang mengendalikan PDK berhampiran tempat kediaman.
Pusat Khidmat Setempat OKU (PKS) ialah pusat sehenti bagi OKU mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan kebajikan, kesihatan, pendidikan/ latihan, pekerjaan dan perkhidmatan sokongan. Fungsi PKS: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pusat Rujukan OKU Pusat Sumber Maklumat Pusat Pengesanan Awal Kecacatan Pusat Khidmat Nasihat Pusat Pendaftaran OKU
Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC) merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk memperkasakan OKU serta persediaan untuk memulakan kehidupan berdikari. Antara perkhidmatan ILC: Kaunseling rakan sebaya Program hidup berdikari Pembantu peribadi
Perkhidmatan institusi penjagaan warga emas merujuk kepada pusat atau kemudahan yang menyediakan penjagaan dan sokongan kepada warga emas yang memerlukan bantuan dalam kehidupan seharian mereka. Kemudahan ini diwujudkan bagi memastikan warga emas yang uzur, daif, tinggal bersendirian atau tidak mempunyai penjaga dapat menjalani kehidupan yang selesa dan selamat. Ini termasuk institusi kebajikan yang disediakan sama ada oleh pihak Jabatan atau swasta dan NGO berdaftar di bawah JKM. Berikut merupakan institusi kebajikan warga emas di bawah kendalian JKM: RSK merupakan institusi kebajikan yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang tidak mempunyai waris, daif tetapi boleh berdikari dan menguruskan diri sendiri. Syarat kemasukan: Berumur 60 tahun ke atas Berupaya mengurus diri Tiada waris Tiada pendapatan dan tempat tinggal tetap Tidak menghidap penyakit berjangkit Tidak menghidap penyakit psikiatrik Rumah Ehsan merupakan institusi kebajikan yang memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris serta tidak mampu mengurus diri sendiri Syarat kemasukan: Tidak berupaya mengurus diri Tiada waris/penjaga Tiada sumber pendapatan dan tempat tinggal tetap Warganegara Malaysia Disahkan pegawai perubatan kerajaan sebagai pesakit melarat Tidak menghidap penyakit psikiatrik Tidak menghidap penyakit berjangkit Pusat jagaan swasta dan NGO berdaftar merupakan institusi jagaan yang berdaftar di bawah JKM yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada warga emas yang memerlukan. JKM juga mengawalselia dan meluluskan pendaftaran bagi: Pusat jagaan warga emas swasta Pusat jagaan oleh NGO Pusat jagaan harian atau sepenuh masa
Institusi kebajikan dan perlindungan wanita dan kanak-kanak di bawah JPW: Rumah Perlindungan Wanita: Memberi perlindungan kepada wanita dewasa yang menjadi mangsa pemerdagangan orang Institusi kebajikan & perlindungan di bawah JKM di bawah Akta Kanak-Kanak 2001: Menempatkan kanak-kanak yang: Diabaikan, didera atau tiada penjaga Diperintah oleh Mahkamah Bagi Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 Menyediakan pendidikan asas, penjagaan, pemulihan dan bimbingan. Institusi pemulihan untuk remaja lelaki dan perempuan yang: Terlibat dalam salah laku juvana Diperintah tinggal oleh mahkamah untuk bimbingan dan latihan Menyediakan tempat perlindungan, bimbingan dan pemulihan akhlak kepada remaja lelaki dan perempuan yang: Bermasalah sosial Terlibat dalam salah laku juvana Memerlukan perlindungan atas perintah Mahkamah Bagi Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) Institusi untuk remaja perempuan yang: Menjadi mangsa penderaan seksual, eksploitasi atau pemerdagangan Memerlukan pemulihan, perlindungan dan bimbingan sahsiah Rumah Perlindungan bagi kanak-kanak di bawah Akta AntiPemerdagangan Orang Dan AntiPenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670] Rumah perlindungan untuk memberi perlindungan dan jagaan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan orang Ditempatkan melalui perintah mahkamah iaitu Perintah Perlindugan Interim (IPO) Perintah Perlindungan (PO), dan; Perintah Jagaan dan Perlindungan Lanjut (PJPL)
