Kenal pasti bantuan yang sesuai
NACCOL atau Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai platform utama nasional untuk menyelaras dasar, inisiatif dan tindakan bersepadu dalam menangani isu kos sara hidup rakyat. Antara tanggungjawab NACCOL: Membangunkan dasar, strategi dan pelan tindakan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup Mengenal pasti isu, masalah dan cabaran yang komprehensif berkaitan dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Menyelaras pelaksanaan dasar dan program daripada pelbagai kementerian dan agensi bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat Memantau dan memastikan pelaksanaan yang berkesan bagi setiap usaha kluster dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat Rujukan: NACCOL
Portal Ihsan MADANI merupakan sebuah platform sehenti digital yang dibangunkan untuk menyampaikan maklumat berkenaan bantuan kebajikan berkaitan kos sara hidup rakyat yang dibangunkan di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). Portal ini mengandungi inisiatif dan bantuan merentasi pelbagai kementerian, kerajaan negeri, jabatan dan agensi. Antara fungsi utama portal: Carian bantuan mengikut profil pengguna Pengguna boleh menyemak kelayakan awal terhadap bantuan tertentu berdasarkan maklumat peribadi asas. Anda boleh menyemak pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif mengikut profil diri anda di Portal Ihsan MADANI: Carian bantuan mengikut kategori Bantuan boleh dicari mengikut kategori seperti pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan dan utiliti. Maklumat berkaitan inisiatif/ bantuan Ringkasan tentang pengenalan inisiatif, kumpulan sasar, syarat, kadar bantuan, agensi pelaksana serta pautan terus ke permohonan:
Terdapat dua kaedah untuk memohon bantuan JKM: Permohonan secara manual Permohonan bantuan kewangan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan di seluruh negara Permohonan secara Dalam Talian Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian ( means-tested ) bagi mengesahkan kelayakan bantuan Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan: Salinan kad pengenalan diri pemohon Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama Salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen yang berkaitan
