Program Pra-Universiti
Menyemak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu momen yang mendebarkan dan dinanti oleh ramai calon SPM. Ini kerana SPM merupakan peperiksaan utama di peringkat pendidikan menengah yang menjadi penentu hala tuju seseorang individu. Sebagai calon SPM, anda boleh menyemak keputusan SPM melalui beberapa cara: Kaedah semakan keputusan SPM Secara dalam talian Laman web rasmi: Laman web ini hanya aktif pada hari pengumuman keputusan SPM sahaja. Maklumat yang diperlukan: No. MyKad No. Angka Giliran Melalui sistem pesanan ringkas (SMS) Format SMS: SPM<jarak>No. MyKad<jarak>Angka giliran Hantar ke 15888 Perkhidmatan ini hanya aktif pada tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pengambilan slip fizikal Calon sekolah: Slip SPM boleh diambil di sekolah masing-masing bermula hari keputusan diumumkan. Calon persendirian: Slip SPM boleh diambil di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri atau tempat yang dinyatakan semasa pendaftaran. Selamat berjaya!
Anda tidak pasti bidang yang ingin diceburi selepas tamat SPM? Ujian profiling kerjaya boleh membantu pemilihan bidang dan laluan kerjaya yang sesuai berdasarkan keperibadian dan minat anda. e-Profiling KPT eProfiling KPT adalah sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengenal pasti minat, potensi, kemahiran dan kecenderungan kerjaya bagi membantu pelajar memilih laluan pendidikan dan kerjaya yang paling sesuai. Aplikasi ini dibangun berasaskan Teori Holland yang diperkenalkan oleh John Lewis Holland. 6 kriteria personaliti yang diukur adalah: Realistic Investigative Artistic Social Enterprising Conventional Aplikasi ini juga boleh mencadangkan program pengajian yang bersesuaian daripada keputusan ujian.
Anda tidak pasti bidang yang ingin diceburi selepas tamat SPM? Ujian profiling kerjaya boleh membantu pemilihan bidang dan laluan kerjaya yang sesuai berdasarkan keperibadian dan minat anda. e-Profiling KPT eProfiling KPT adalah sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengenal pasti minat, potensi, kemahiran dan kecenderungan kerjaya bagi membantu pelajar memilih laluan pendidikan dan kerjaya yang paling sesuai. Aplikasi ini dibangun berasaskan Teori Holland yang diperkenalkan oleh John Lewis Holland. 6 kriteria personaliti yang diukur adalah: Realistic Investigative Artistic Social Enterprising Conventional Aplikasi ini juga boleh mencadangkan program pengajian yang bersesuaian daripada keputusan ujian.
Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terdapat pelbagai peluang pendidikan yang boleh diambil oleh pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka berdasarkan minat, bakat, dan matlamat kerjaya. Sebelum memohon mana-mana program, pastikan anda menyemak: Syarat kelayakan Tarikh tutup permohonan Maklumat penting yang berkaitan Perancangan awal adalah sangat digalakkan bagi memastikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk melengkapkan permohonan dengan baik.
Pengajian Tingkatan 6 di Malaysia merupakan salah satu laluan pendidikan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia merupakan persediaan bagi pelajar untuk menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) iaitu kelayakan pra-universiti yang diiktiraf di dalam dan luar negara. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Setaraf dengan A-Level Diiktiraf oleh Cambridge Assessment International Education, United Kingdom Setaraf dengan diploma Diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk perjawatan dalam perkhidmatan awam Pelajar lepasan SPM yang menepati syarat am dan syarat khas kemasukan layak ditawarkan secara automatik untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam. Syarat am: Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa Jenis sekolah yang menawarkan Tingkatan 6 Sekolah menengah harian biasa Sekolah menengah jenis kebangsaan Pusat Tingkatan 6 (Kolej Tingkatan 6) Sekolah-sekolah khas seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tertentu Senarai sekolah boleh dirujuk melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau laman rasmi KPM: Maklumat asas Tingkatan 6 Tempoh pengajian : 1.5 tahun (tiga semester) Aliran ditawarkan : Sains, Kemanusiaan / Sastera, Perdagangan / Ekonomi Mata pelajaran ditawarkan : 23 mata pelajaran Yuran peperiksaan : percuma bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi lima mata pelajaran
Program Matrikulasi adalah salah satu laluan pra universiti yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi (IPT). Jurusan pengajian yang ditawarkan: Sains Kejuruteraan Perakaunan Perakaunan Profesional Syarat am: Warganegara Malaysia Umur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon Pemohon mestilah calon SPM semasa Maklumat asas matrikulasi: Yuran pengajian dan penginapan percuma Pelajar yang layak akan mendapat Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) Lulusan Sijil Matrikulasi KPM boleh memohon jawatan pada Gred 29 bagi skim perkhidmatan berkaitan dalam perkhidmatan awam
Program Asasi ialah laluan pra-universiti khas untuk pelajar lepasan SPM yang ditawarkan oleh universiti awam tertentu sebagai laluan terus ke program Ijazah Sarjana Muda di universiti berkenaan. Apakah program asasi? Program pra-universiti dengan tempoh 1 tahun (2 semester) Ditawarkan secara langsung oleh universiti awam (UA) kepada pelajar cemerlang Fokus kepada bidang pengkhususan tertentu seperti sains, kejuruteraan, perubatan, akaun, undang-undang dan lain-lain Syarat am: Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya: Lima (Kepujian) dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu Lulus mata pelajaran Sejarah Cara memohon Permohonan dibuat melalui sistem UPUOnline Biasanya dibuka antara Februari – April setiap tahun Perlu daftar terlebih dahulu akaun UPU dan beli nombor pin di BSN
Program Diploma ialah salah satu laluan utama selepas SPM yang ditawarkan oleh universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi swasta. Ia bersifat lebih praktikal dan berfokus kepada kemahiran serta membolehkan pelajar terus bekerja atau menyambung ke peringkat ijazah. Syarat am: Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya: Tiga (Kepujian) dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu Lulus mata pelajaran Sejarah. Institusi yang menawarkan program diploma Universiti Awam (UA) seperti UiTM, UUM, UTHM, UTeM, dan lain-lain Politeknik Kolej Komuniti Kolej dan Universiti Swasta (yang berdaftar dengan MQA dan KPT) Tempoh pengajian: 2 – 3 tahun Sesetengah program diploma boleh memindahkan kredit subjek-subjek tertentu sewaktu Ijazah Sarjana Muda Permohonan Program Diploma/ Foundation di IPTS Permohonan pengajian diploma ke IPTS boleh dibuat melalui portal institusi pengajian tersebut. Anda juga boleh membuat semakan IPTS yang berdaftar dengan KPT bagi memastikan kursus pengajian yang dipohon telah mendapat sama ada akreditasi penuh atau akreditasi sementara dari MQA.
Sekiranya anda berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru), anda boleh memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang-bidang yang berkaitan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengenalan kepada PISMP Program pra-ijazah dan ijazah selama 5 tahun: 1 tahun (3 semester) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) 4 tahun (12 semester) Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pelajar yang lulus PPISMP akan diserap masuk secara automatik ke program PISMP Setelah tamat, pelajar akan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Syarat kemasukan umum Warganegara Malaysia Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun semasa tahun permohonan SPM dengan sekurang-kurangnya 5 kepujian, termasuk: Bahasa Melayu – gred A Sejarah – lulus Subjek-subjek berkaitan bidang dimohon – cemerlang Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga
Program Pra Diploma UiTM adalah program khas yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada pelajar lepasan SPM dari kalangan bumiputera yang tidak memenuhi syarat terus ke program diploma, tetapi menunjukkan potensi untuk berjaya dalam pengajian tinggi. Pengenalan kepada Program Pra Diploma UiTM Program asas selama 1 semester (4–6 bulan) Bertujuan meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran akademik pelajar sebagai persediaan menyambung ke program diploma UiTM Terbuka kepada pelajar bumiputera sahaja Program yang ditawarkan: Pra Diploma Perdagangan Pra Diploma Sains Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) Pra Diploma Agroteknologi Pra Diploma Pengajian Islam
Program Pra-Universiti Antarabangsa adalah program persediaan akademik bagi lepasan SPM atau setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara atau universiti tempatan yang mengguna pakai sistem antarabangsa. Ia adalah program akademik pra-ijazah yang setaraf dengan STPM atau A-Level, tetapi menggunakan silibus standard antarabangsa yang diiktiraf terutama oleh universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada. Antara Jenis program Pra-Universiti Antarabangsa: A-Level (Cambridge) International Baccalaureate (IB Diploma Programme) Australian Matriculation (AUSMAT/SACEi) Canadian Pre-University (CPU/ICPU) American Degree Foundation Program (ADP) Program ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM dengan biasiswa/penajaan atau secara persendirian.
Program Pelajar Cemerlang (PPC) merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini menyediakan laluan khas kepada pelajar SPM yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang berkaitan dan ingin meneruskan kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru). Tempoh pengajian: 4 tahun untuk ijazah di universiti luar negara dan 1 tahun Program Pascasiswazah Pendidikan di Institut Pengajian Guru (IPG). Mod pengajian: sepenuh masa
Pelajar lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat berpeluang untuk mendapatkan penajaan berbentuk biasiswa penuh, pinjaman pendidikan serta bantuan kewangan daripada institusi kerajaan, syarikat korporat, yayasan, universiti dan lain-lain organisasi. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Majlis Amanah Rakyat (MARA): Bank Negara: Petronas: Yayasan Khazanah: Yayasan Tenaga Nasional: Shell Malaysia: Universiti Tun Abdul Razak: Multimedia University:
